Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KEMPEN KESEDARAN UNTUK JABATAN KERJA RAYA (BAHAGIAN I): KESEDARAN TENTANG 'KESELAMATAN TEMPAT KERJA DAN STANDARD SIHAT DAN KEBAJIKAN' DAN 'KESELAMATAN LOJI DAN MAKMAL’


ISNIN & SELASA,15 & 16 REJAB 1447H / 05 & 06 JANUARI 2026

Bahagian Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Siri Kempen Kesedaran bagi Warga Kerja Jabatan Kerja Raya pada 5 dan 6 Januari pada sebelah pagi di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.
Image 5.jpeg

Taklimat yang bertajuk ‘Standard Keselamatan dan Kesihatan serta Kebajikan di Tempat Kerja’ pada hari pertama dan ‘Keselamatan loji dan makmal’ pada hari kedua telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Rufian Rahman, Penasihat dan Jurulatih HSE. Ianya telah dihadiri seramai 150 orang pegawai dan kakitangan Warga Kerja Jabatan Kerja Raya. Antara objektif taklimat tersebut adalah:

• Meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja, Bab 277 dan penggunaannya pada persekitaran berasaskan Pejabat di Kementerian Pembangunan;

• Memahami mengenai peranan dan tanggungjawab di barisan pegawai kanan, pegawai dan kakitangan bagi mengekalkan tempat kerja yang selamat, sihat dan sentiasa dipatuhi;

• Meningkatkan tatacara dan kawalan risiko kepada pegawai dan kakitangan terhadap bahaya di Pejabat dan menggunakan asas prinsip pengurusan risiko bagi mengelak daripada kejadian atau jangkitan penyakit;

• Menggalakan budaya keselamatan yang positif dengan menggalakkan tingkah laku keselamatan yang proaktif, akauntabiliti dan meningkatkan lagi tahap keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja; dan

• Mengukuhkan komunikasi keselamatan dengan meningkatkan keyakinan pegawai dan kakitangan dalam penyampaikan keperluan keselamatan, laporan terhadap risiko bahaya, dan tindak balas yang responsif terhadap insiden dan kecemasan.

Selain itu jua diharapkan keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama. Bukan sahaja di pejabat malah keselamatan terutama yang bekerja di loji dan makmal yang memerlukan pematuhan, kesedaran serta tingkahlaku mengenai keselamatan adalah wajar bagi melindungi orang ramai, serta mengekalkan kesinambungan operasi dan memenuhi misi dan visi Kementerian serta pematuhan terhadap undang-undang.

Image 6.jpeg Image 4.jpeg Image 3.jpeg Image 1.jpeg Image 2.jpeg​   ​ ​ 

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan


Attachments